Pembentangan 1:“Meningkatkan Minat dan Tahap Penguasaan Pelajar dalam Kemahiran Membaca al-Quran dengan Menggunakan Kaedah Iqra”::(Pembentang: Halina binti Yusof dan Nor Syariah binti Sirun)
Penyataan masalah
1.Sejauhmanakah keberkesanan kaedah Iqra’ dalam membantu pelajar-pelajar yang lemah untuk mengenal huruf-huruf yang terdapat dalam Al-Quran?2.Adakah kaedah Iqra’ dapat membantu pelajar mengenal huruf serta baris dengan lebih cepat dan menguasai bacaan Al-Quran dengan lebih praktikal?3.Adakah dengan menggunakan kaedah Iqra’ dapat menarik minat pelajar
Metadologi, Setting Kajian & Sampel Kajian
1.Sampel
Menggunakan 5 orang pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Klang Selangor.Empat orang Tingkatan 1 dan seorang dari Tingkatan 2 dimana ia dilakukan selama sebulan.
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
1.TemubualTemubual dilakukan dengan guru pembimbing dan guru dimana dengan bertanyakan mereka tentang bacaan Iqra. Temubual dilakukan ke atas 5 orang pelajar lelaki di sekolah tersebut dimana bertanyakan mengenai kaedah Iqra yang mampu menolong mereka membaca al-Quran dengan lebih baik
.2. Pemerhatian
Mengadakan pemerhatian dimana melihat kepada kebolehan pelajar samada boleh atau tidak membaca al-Quran, disini untuk mengenalpasti kaedah penggunaan Iqra ini dan bertujuan untuk mengetahui kebolehan pelajar.
3. Ujian bacaan
Ujian ini dilakukan dihadapan guru, dimana para pelajar akan membaca Iqra dihadapan guru mereka dan guru akan membetulkan kesalahan mereka atau tidak. Melalui ujian bacaan ini, akan dapat mengenalpasti pelajar yang ada masalah dari mengenal huruf Hijaiyyah.
Implikasi Kajian
Dari segi pemerhatian tahap kebolehan pelajar dalam membaca al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra’ bertambah baik dan pelajar dapat mengenal dan menulis huruf –huruf tunggal hijaiyyah sebelum memulakan kelas Iqra’.Dari segi temubual pula mereka telah menunjukkan sifat keyakinan apabila diminta oleh guru untuk menulis huruf hijaiyyah,minat yang mendalam untuk belajar serta menguasai bacaan al-Quran dan mereka meminta Kelas Iqra’ hendaklah diteruskan supaya mereka dapat belajar membaca al-Quran dengan cepat dan praktikal.

Pendapat
Pada pendapat saya, tajuk ini sesuai dengan kajian tindakan dimana mereka ingin melakukan penambahbaikan terhadap penguasaan bacaan al-Quran dengan memperkenalkan kaedah IQRA kepada para pelajar.
Kekuatan dari pelbagai sumber yang dianalisis ialah:-
1) Dapat pelbagai maklumat, seperti diatas ia menggunakan temubual, pemerhatian dan mengadakan ujian bacaan.
Kelemahan dari pelbagai sumber untuk dianalis ialah:-
1) Tidak kesemua data dan maklumat yang didapati sah kerana ia datang dari pelbagai sumber, dan tidak mustahil ada responden yang memberi jawapan yang tidak jujur ketika proses itu dilakukan.
Cadangan penambahbaikan:-
1) Para guru hendaklah memilih untuk menjalankan ujian bacaan, kerana dari situ kita dapat lihat perkembangan anak murid kita didalam bacaan al-Quran.
Pembentangan 2:"Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) melalui kaedah permainan didalam Kelas 4 Dedikasi SMK Bandar Rinching (Pembentang:Nor Zira binti Shafie dan Norbahariah binti Baharin)"
Persoalan Kajian
1.Adakah kaedah permainan menggalakkan penglibatan aktif pelajar semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam kelas?
2.Adakah kaedah permainan dapat memperkembangkan aspek kemahiran berfikir secra kreatif dan kritis (KBKK) di kalangan pelajar?
3.Adakah kaedah permainan dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan pelajar dalam berinteraksi semasa P&P?
Metodologi, Setting Kajian dan Sampel Kajian
1.Refleksi awal
Masalah yang dikaji dikenalpasti selepas dua kali sesi pengajaran dijalankan.Refleksi dilakukan daripada markah Ujian Setara 2 Tingkatan 4 yang dijalankan pada bulan Ogos 2009 sebagai instrumen
2.Pre-TestMerancang
permainan yang dirancang bola hikmah, dam ular dan permainan dart.permainan ini akan dijalankan pada bulan Ogos sehingga awal bulan Oktober.
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
1.Pre –test-Ujian Setara dilakukan kepada murid 2 Tingkatan 4 sekolah tersebut
2.Pemerhatian-Dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dimana kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka.-dipantau semasa sesi permainan, kelihatan pelajar suka kepada permainan ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
3.Temubual-Selepas ketiga-tiga permainan selesai menemubual perasaan mereka dan respon mereka kepada pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan permainan
.4.Soal selidik- Didalam soalan selidik sebanyak 35 soalan diedarkan dimana julat markah 0-5 (sangat tidak setuju- sangat setuju)-Soalan merangkumi sikap pelajar semasa p & p, kekuatan dan kelemahan kaedah permainan
5.Post-test-Ujian Penilaian akhir dimana untuk menguji tahap keupayaan dan kebolehan pelajar dalam mengadaptasikan permainan tersebut untuk menjawab soalan peperiksaan mereka.
Implikasi Kajian
Di dalam Pre- test menunjukkan pelajar lemah dalam bahagian subjektif terutama subjek sains diman sebahagian besar pelajar meninggalkan ruang kosong pada bahagian subjektif. Purata markah pelajar yang lulus 40%-45% ialah seramai 7 orang.Dari segi pemerhatian pula sebelum kaedah permainan dijalankan, pelajar lebih gemar diam atau menjawab ‘tidak tahu’ apabila disoal tetapi selepas permainan, pelajar dilihat sudah berani mencuba walaupun kadangkala kurang tepat. Disini juga didapati pelajar lebih kerap bertanya dan pelajar sangat teruja ketika seisi permainan dijalankan.Dari soal selidik 32 orang pelajar memberi markah 4(setuju) dengan kaedah permainan yang digunakan dimana responden bersetuju kaedah permainan dapat mengembangkan kemahiran berfikir dan meningkatkan keyakinan.Dari temubual pula pelajar berpendapat setiap guru sepatutnya menggunakan kaedah ini bagi setiap mata pelajaran dimana kaedah permainan di dalam kumpulan dapat membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi di dalam kelas-Post-test pula menunjukkan pelajar didapati lebih berani menjawab soalan subjektif dan peningkatan markah terutama pada subjek sains kertas 2.
Pendapat
Bagi pendapat saya, kajian ini ialah kajian tindakan dimana para pembentang cuba untuk meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran melalui konsep permainan. Ini adalah salah satu cara penambahbaikan terhadap subjek yang diajar disekolah. Seperti yang kita ketahui, disekolah masih lagi menggunakan kaedah tradisional, dan apabila diperkenalkan pelbagai jenis atau kaedah mengajar, boleh menimbulkan perasaan seronok ketika belajar.
Kekuatan dari pelbagai sumber untuk dianalisis ialah:-
1) Dapat pelbagai sumber, dan akan menjadikan kajian itu menarik kerana dari pelbagai sumber dan pelbagai pendapat.
Kelemahan dari pelbagai sumber untuk dianalisis ialah:-
1) Data yang didapati tidak boleh dipastikan kesahihannya
Penambahbaikan:-
1)Guru seharusnya mengetahui sumber yang mana lebih bersesuaian ketika berada didalam kelas. Pertanyaan secara rawak juga boleh diambil sebagai data ketika berada didalam kelas. Ini dapat melihat samada, pelajar menyukai kaedah permainan yang diajar atau tidak.
0 comments:
Post a Comment