I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 7, 2009

::Tugasan 2: Ulasan Jurnal 1::

::Engaging Children with Useful Words:Vocabulary Instruction in a Third Grade Classroom::

Oleh:(Lynn CohenLong Island University, C.W. Post and Katherine ByrnesGreat Neck Public Schools)

Pengenalan
Kajian ini dilakukan untuk melihat penggunaan perbendaharaan kata dalam lisan, komunikasi dan bertulis semasa menyediakan penulisan dalam seharian kanak-kanak di sekolah. Kajian ini juga melihat cara yang paling bagus perlu digunakan untuk meningkatkan mutu penggunan perbendaharaan kata di sekolah .

Sample
Sixteen third grade students

Setting
Bilik darjah

Prosedur
Kajian ini dilakukan secara kolaboratif antara guru kelas dan profesor universiti.Ia bertujuan untuk melihat kesan penggunaan pebendaharaan kata apabila pelajar menghafal atau mencari beberapa patah perkataan semasa membaca. Dalam tempoh 10 minggu, pelajar dipecahkan kepada dua kumpulan yang berlaianan. Guru kelas memberikan arahan tentang tugasan yang perlu dilakukan. Kedua-dua kumpulan menerima arahan yang berlainan diantara satu sama lain. Ini adalah untuk mengesan tahap penguasaan perbendaharaan mereka samada baik atau lemah.


1.Kumpulan Penceritaan dengan arahan
hari pertama: Kenalkan dan bincang di dalam kumpulan , tuliskan maksud dan bercakap dengan kuat
hari kedua: ulang semula perkataan yang disebut oleh murid, membacakan semula cerita, Web words
hari ketiga: membacakan cerita semula, Vocabulary four-square
hari keempat: membacakan cerita and pilih sinonim yang betul

2. Kumpulan Traditional
hari pertama: tulis perkataan dan cari maknanya
hari kedua: tulis perkataan dan maknanya diatas indeks kad
hari ketiga:tulis perkataan dalam bentuk ayat
hari keempat: melakukan tugasan dengan lembaran yang bersesuaian
Kedua-dua kumpulan diberikan buku mengikut minggu. Setiap minggu setiap pelajar diberikan buku yang berlainan.

Daripada buku-buku yang dibaca, mereka perlu menumpukan kepada 6 perkataan dan pada hari yang terakhir dalam setiap kesemua pelajar daripada kedua-dua kumpulan perlu menggunakan perkataan yang telah diberikan untuk membentuk ayat di dalam bentuk karangan.

Pengumpulan data dan penganalisisan data
Data daripada jurnal ini dikumpulkan berdasarkan lembaran kerja penulisan karangan yang di lakukan oleh pelajar yang terlibat di dalam ujian.
Analisis diskriptif di lakukan berdasarkan kepada komunikasi antara pelajar.

Dapatan Kajian
Melalui pemerhatian yang dipantau oleh guru ketika kelas itu sedang berlangsung. Ini adalah untuk mengenalpasti pelajar yang lemah dan baik didalam perbendaharaan kata mereka.

Rumusan
Berdasarkan kajian ini, apa yang dapat dirumuskan ialah kajian ini memang baik kerana ianya memberi faedah kepada guru akan lebih bersifat kreatif ketika membuat Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah. Teknik secara Story with Instruction lebih berkesan daripada Teknik Traditional. Kumpulan Story with Instruction berlaku peningkatan terhadap kualiti penulisan dengan menggunakan perkataan yang telah diberikan. Ini kerana, kumpulan ini menggunakan teknik membaca yang lebih baik dan terancang berbanding dengan kumpulan Traditional. Dengan adanya kajian ini perubahan yang dilakukan oleh guru dalm proses pengajaran sekaligus dapat meingkatkan perbendaharaan kata pelajar. Pada pendapat saya, kaedah ini perlu dipraktikkan disekolah untuk memperbaiki dan sekaligus untuk meningkatkan prestasi pelajar didalam perbendaharaan mereka untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

0 comments: