I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 6, 2009

::Tugasan Kelas: Nota: Rekabentuk Kajian Tindakan::

Model: McKernan 1996






Model: Kemmis & McTaggart 1988






Model: Elliot 1991







Model:Ebbutt 1985





Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan..(Hanipah Hussin : 2001)

Dalam perkataan mudah, kajian tindakan ialah satu penyelidikan yang dilakukan oleh seorang guru terhadap amalan kerjanya di bilik darjah atau di sekolah untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan keberkesanan kerja yang dilakukannya agar dapat melahirkan para pelajar yang cemerlang dari setiap aspek.

Lain-lain definisi bagi kajian tindakan...
Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif (McNiff :1988)

Latarbelakang kajian tindakan..Konsep kajian tindakan ini sebenarnya berasal daripada seorang ahli psikologi sosial iatu Kurt Lewin bermula pada tahun 1946. Pendekatan kajian tindakan ini telah digunakan oleh beliau selepas Perang Dunia Kedua dala usahanya untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang wujud dalam komuniti pada masa itu dan beliau telah mengutamakan dua idea utama berkenaan Kajian Tindakan iaitu:-

Keputusan kumpulan
Komitmen kepada komitmen kerja

Dimana kedua-dua idea ini adalah merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolobortif atau usahasama dalam kumpulan bagi menigkatkan mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart, 1998)

Perbandingan antara kajian tindakan dengan kajian yang berbentuk formal

Jenis-jenis kajian tindakan
Kolaboratif
Individu
Sekolah
Masyarakat


1)Model Kemmis & Mc Taggart

Model Kemmis & McTaggart ini dikatakan terlalu ringkas dan boleh menimbulkan tanggapan tanggapan bahan proses kajian tindakan adalah mudah dan jelas



2)Model Elliott
Model Elliott untuk kajian tindakan ialah idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadike atas sesuatu masalah, dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adlah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.


3)Model Ebbutt
David Ebbutt, seorang rakan sekerja John Elliott, telah mendakwa (Ebbutt, 1983a) bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan. Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut, dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt adalah sama untuk dengan model yang dikemukakan oleh penulis masa kini.

4)Model Mc Kernan
Memperkenalkan model proses masa yang menyarankan agar masalah kajian tindakan ini tidak menjadi terlalu terikat dengan masa

0 comments: