I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 12, 2010

::::Pembentangan Mini Kajian Tindakan 9~10 Jan 2010::

Friday, December 4, 2009

::Aktiviti 13:Tugasan 4:Mini Kajian Tindakan::

1)Kaedah Token/Ganjaran
Pengenalan
Penggunaan token ialah merupakan satu sistem pengukuhan secara simbolik. Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Program ini dipanggil sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan kepada murid.

Ini bermaksud, suatu simbol bagi token seperti berbentuk bintang, point, ataupun boleh juga dalam bentuk setem dimana ianya boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh murid. Cara ini dapat memotivasikan murid untuk menunjukkan tingkahlaku yang positif. Kajian menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.

2)Teori Burrhus F.Skinner
Burrhus F. Skinner telah membuat suatu teori berkaitan dengan prinsip-prinsip utama pelaziman operan atau tindak balas terhadap sesuatu perlakuan. Dalam teori ini, makhluk hidup mempunyai pilihan untuk berindak balas atau tidak, berasaskan kepada ganjaran yang disediakan. Ianya bermaksud, ianya ransangan dari persekitaran.

Teori prinsip-prinsip utama pelaziman operan Skinner terbahagi kepada dua peneguhan:-
Dalam bahagian peneguhan ini pula terbahagi kepada 2 bahagian:

a.Peneguhan positif
Dalam peneguhan positif ini, sesuatu mahkluk hidup yang diberikan upah/ ganjaran/ hadiah atau apa sahaja bentuk pengukuhan atas apa sahaja yang dilakukannya akan mengulangi perlakuan atau perbuatan tersebut.

b.Peneguhan negatif
Dalam peneguhan negatif pula, sesuatu ganjaran akan ditarik semula sekiranya pelajar menunjukkan tingkahlaku negatif berdasarkan Jadual Penarikan Token. Contoh perlakuan yang akan ditarik tokennya ialah seperti bergaduh didalam kelas, masuk ke kelas lewat dan sebagainya.

3)Strategi yang digunakan
•Peneguhan berterusan akan diberikan dari peringkat awal hingga dikuasai menggunakan Jadual Peneguhan.

•Peneguhan ini dilakukan secara berkala mengikut jadual nisbah dan jadual masa. Jadual peneguhan nisbah ialah peneguhan diberi mengikut bilangan atau kadar sesuatu tingkahlaku operan dihasilkan, manakala jadual peneguhan masa diberi mengikut masa yang ditetapkan misalnya seminggu diadakan 3 kali, dan markah pelajar akan dikira setiap minggu dan diberikan ganjaran. Dan apabila, pelajar telah terlazim persekitaran yang positif kadar masa peneguhan akan dikurangkan sedikit demi sedikit.

Kesimpulan
•Guru memainkan peranan yang penting dalam memberi peneguhan terhadap murid berdasarkan setiap perubahan yang dapat dikesan.
•Guru seharusnya bijak melihat keadaan persekitaran sebelum membuat sesuatu tindakan.

1)Kerangka Konsep
-Merupakan salah satu cara untuk melihat hubungan kerja, interaksi antara kumpulan dan maklumbalas yang boleh dipersembahkan dalam bentuk:-
•Peta konsep
•Carta aliran
•Carta Tulang Ikan
-Seisi sumbangsaran perlu dijalankan untuk mendapatkan input dari ahli-ahli kumpulan penyelidik.



2)Kerangka Teoritikal

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu:
•Pemboleh ubah bersandar iaitu; minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar.
•Pemboleh ubah tidak bersandar contoh; kaedah token
-Ianya mestilah menggunakan sumber ilmiah supaya ia boleh menyokong kepada hubungan ini.
•Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.Kajian ini melihat kaedah token yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

3) Operasional Kajian
•Definisi operasional ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan. Ianya juga menjelaskan tentang

Input
Iaitu proses dimana guru memberi penerangan kepada para pelajar didalam kelas.

Proses
Guru akan melaksanakan proses P&P berdasarkan input yang telah diberikan didalam kelas. Untuk kaedah token ini, sekiranya pelajar dapat menjawab dengan betul, pelajar akan diberi token sebagai peneguhan.

Output
Kaedah Token- Menambah minat, mudah faham, dan penglibatan murid aktif didalam kelas

::Aktiviti 12: Pemurnian::

Berdasarkan maklumbalas, penambahbaikan yang boleh dibuat ialah:

Penyataan Masalah
1) Sejauhmanakah kaedah token ini mampu menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas?

2)Sejauhmanakah kaedah token ini dapat meningkatkan tahap kefahaman pelajar dan dapat mewujudkan persaingan yang sihat didalam proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas?

Tujuan kajian
1)Untuk menarik minat pelajar dengan matapelajaran yang diajar disekolah

2)Untuk memberikan peneguhan kepada para pelajar, dimana seperti yang kita ketahui para pelajar berkeperluan khas ini amat aktif dan pasif didalam kelas.

Objektif Kajian
1) Untuk menarik minat pelajar didalam proses pengajaran dan pengajaran didalam kelas.

2)Untuk mewujudkan persaingan yang sihat diantara pelajar

3) Untuk menjadikan pelajar berani bercuba ketika menjawab dan bertanya soalan didalam proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.

::Aktiviti 11:Tugasan 2:Jurnal::

Jurnal 1: Engaging Children with Useful Words:Vocabulary Instruction in a Third Grade

Penyataan Masalah
1) Sejauhmanakah kaedah bercerita ini dapat meningkatkan tahap kefahaman dan menarik minat para pelajar di dalam kelas?

2) Sejauhmanakah kaedah penceritaan ini dapat meningkatkan tahap kemahiran penulisan mereka didalam kelas?

Melapor Masalah
-Para penyelidik telah membuat pemerhatian dan telah melakukan kaedah penceritaan kepada para pelajar dimana ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan tahap kemahiran membaca dan menulis mereka.

Jurnal 2:A Tool for Improving Quality and Classroom Practice

Penyataan Masalah
1) Sejauhmanakah alat-alat bantu mengajar didalam kelas dapat meningkatkan minat para pelajar didalam kelas?

2)Apakah alat-alat bantu mengajar yang berkesan dan boleh digunakan didalam kelas pengajaran dan pembelajaran didalam kelas?

Melapor masalah
-Para penyelidik telah membuat pemerhatian dan cuba dengan pelbagai alatan bantu mengajar yang sesuai dengan pengajaran didalam kelas.

Jurnal 3: Action Research in the Secondary Science Classroom: Student Response to Diffrentiated Alternative Assessment

Penyataan Masalah
1)Sejauhmanakah kaedah berkumpulan ini mampu menarik perhatian dan meningkatkan kefahaman mereka dalam matapelajaran Sains?

2)Selain dari kaedah berkumpulan yang diperkenalkan, apakah kaedah-kaedah yang digemari oleh para pelajar didalam kelas?

Melapor kajian
-Para penyelidik telah melakukan pemerhatian dengan memperkenalkan pelbagai jenis kaedah ketika didalam kelas. Selain dari itu, temubual juga dilakukan untuk mendapatkan respon daripada para pelajar tentang kaedah yang digunakan.

::Aktiviti 10: Tugasan 1:Buku::

Berdasarkan buku yang saya baca bertajuk "Passionate Enquiry and School Development: A Story About Action Research"

Mengenalpasti penyataan masalah
1) Sejauhmanakah kaedah yang digunakan didalam kelas mampu menarik minat pelajar terhadap matapelajaran yang diajar?

2) Sejauhmanakah tahap kefahaman pelajar setelah kaedah yang pelbagai diperkenalkan didalam kelas?

Saturday, November 21, 2009

::Aktiviti 9::Mini Kajian Tindakan

Matlamat
-Meningkatkan penglibatan pelajar didalam seisi PNP menggunakan kaedah pemberian token

Objektif kajian
Meneroka
-boleh mencungkil kebolehan dan bakat pelajar
-boleh menjana minda dan idea para pelajar

Menilai
-Pelajar menunjukkan sikap lebih berani dan yakin
-Menilai tahap penglibatan pelajar didalam kelas dimana aktif atau tidak
-menilai tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar kepada sesuatu pengajaran yang dilakukan

Persoalan kajian

1) Adakah penggunaan token dapat merangsang minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

2) Adakah penggunaan token dapat meningkatkan persaingan dalam kalangan pelajar melibatkan diri di dalam kelas.

::Aktiviti 8: Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan::

Cadangan Pengajaran Subjek

1)Individu:
Diantara cadangan yang saya ingin kemukakan ialah:-

a)Guru perlu membuat penambahbaikan didalam pengajaran seperti contoh memberikan token setiap kali pelajar dapat menjawab dengan betul atau jika mendapat markah tertinggi. Ini akan menjadikan semua pelajar didalam kelas itu berusaha untuk mendapat markah tertinggi didalam kelas.

b)Guru perlu mempelbagaikan kaedah mengajar, dan tidak terlalu bergantung kepada cara tradisional sahaja. Kaedah yang boleh diperkenalkan ialah penggunaan token dan juga tayangan video.

2)Dalam Pasukan
-Didalam pasukan, kami telah berbincang dimana untuk kedua-dua subjek iaitu Kemahiran Hidup dan Bahasa Melayu perlu diperkenalkan kaedah token ini supaya dapat menarik minat pelajar dan sekaligus akan memberi persaingan baik diantara pelajar. Pelajar akan berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik diantara mereka.

3)Luar Pasukan
-Di luar pasukan pula,untuk kedua-dua subjek ini perlu ada peneguhan supaya pelajar dapat meminati subjek yang diajar.

4) Literature Review