I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 7, 2009

::Tugasan 2: Ulasan Jurnal 3::

::Tugasan 2:Ulasan Jurnal 3::
::Action Research in the Secondary Science Classroom: Student response to Differentiated, Alternative Assessment::

Pengenalan
Kajian dibuat bedasarkan matapelajaran Sains di sekolah dimana guru menggunakan pelbagai jenis kaedah untuk meningkatkan tahap pengajaran mereka didalam kelas. Seperti cara tradisional, guru menganalisis masalah disekolah dan kemudiaan menyelesaikannya untuk diguna pakai untuk masa akan datang. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti apakah yang menjadi kegemaran pelajar ini tentang subjek sains. Di dalam kajian ini, guru-guru berpengalaman turut serta dan bersama-sama mencari kaedah terbaik dalam pengajaran sains.

Setting
Dilakukan didalam kelas Sains

Set Kajian
Peringkat Pertama - 79 orang (3 buah kelas)
Peringkat Kedua - 47 orang

Prosedur dan pengumpulan data:
Ia dilakukan pelajar perlu menjawab 24 soalan yang diedarkan oleh guru kepada mereka. Didalam soalan ini banyak ditanyakan soalan mengenai adakah suka bekerja didalam kumpulan atau secara individu. Dimana mereka perlu menjawab sangat bersetuju, setuju, sangat tidak bersetuju, tidak setuju dan lain-lain. Ini adalah untuk mengukur kecenderungan mereka terhadap matapelajaran sains. Seperti subjek Sains yang biasa, mereka perlu melakukan eksperimen, tapi didalam kajian ini mereka menggunakan model dimana pelajar mesti menyiapkan model sains mereka.

Hasil Dapatan
Hasil yang didapati daripada kajian ini, dimana para pelajar telah menunjukkan minat terhadap matapelajaran Sains. Disamping itu juga, boleh meningkatkan pelajar untuk membuat keputusan sendiri di dalam kumpulan. Selain daripada itu, hasil dari kajian ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai teknik mengajar dan murid mempunyai pilihan untuk memilih mana yang terbaik. Dengan kaedah ini juga, dapat meningkatkan interpersonal dan interaksi yang baik diantara ahli kumpulan.

Rumusan
Daripada hasil kajian ini, didapati para pelajar sukakan kelainan didalam subjek yang diajar disekolah. Guru boleh menggunakan pendekatan yang terbaik untuk menarik perhatian pelajar untuk menyukai subjek mereka. Disamping itu, melalui kaedah pembahagian kumpulan, boleh mengeratkan hubungan mereka dan boleh mengeluarkan pelbagai idea berbanding kerja secara individu. Bekerja secara kumpulan juga, dapat membaiki hubungan intreraksi sesama ahli kumpulan.

0 comments: