I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 13, 2009

::Aktiviti 4:Cadangan Mini Kajian Tindakan::

::Tajuk: Token/ganjaran dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran bagi Pelajar Berkeperluan Khas::
Oleh: Mashitoh Abdullah, Marina Ismail & Norfaslin Sudin

Pengenalan
Penggunaan token ialah merupakan satu sistem pengukuhan secara simbolik. Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Program ini dipanggil sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan kepada murid.

Ini bermaksud, suatu simbol bagi token seperti berbentuk bintang, point, ataupun boleh juga dalam bentuk setem dimana ianya boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh murid. Cara ini dapat memotivasikan murid untuk menunjukkan tingkahlaku yang positif. Kajian menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.

Pelaksanaan
1. Kenalpasti tingkahlaku sasaran ( peraturan )
2. Kenalpasti bahan token. ( Cth: cip,cop bintang dll )
3. Kenalpasti ganjaran yang akan diperolehi. ( Cth: bekas pensel )
4. Kenalpasti kadar nilai ganjaran ( menu ganjaran ) ( Cth: 10 bintang dapat sebatang pensel.)
5. Murid-murid dijelaskan tentang penerimaan dan penarikan balik token.

Kriteria Pemilihan Token
1. Disukai oleh murid.
2. Mencukupi bila diperlukan.
3. Praktis - tidak menyusahkan.
4. Dalam bentuk yang boleh dihimpunkan, dilihat, disentuh dan dibilang.
5.Tidak mudah diperolehi di tempat lain.
6. Tahan lama.

Peryataan masalah:
1)Seperti yang sedia umum para pelajar susah untuk menjawab dan mengemukakan soalan selepas aktiviti pengajaran berlaku. Ini keran pengajaran tersebut membosankan mereka. Disamping itu, melalui kaedah ini, kami juga mencari penyelesaian kepada masalah yang berlaku didalam bilik darjah dan cuba mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2)Pelajar terlalu pasif dan aktif didalam kelas, untuk beri peneguhan token ini diperkenalkan kepada pelajar

Sebab memilih tajuk ini ialah:
1.untuk menarik minat pelajar dengan matapelajaran yang dipelajari.
2.untuk menggalakkan pelajar bertanya di dalam kelas.
3.untuk memberi peluang pelajar untuk menjawab di dalam kelas.
4. untuk menggalakkan dan mengekalkan moral yang tinggi.

Peserta kajian
1.Rakan-rakan sekelas pengajaran makro (masalah pembelajaran & pendengaran)

Set Kajian
1.Didalam kelas pengajaran makro (masalah pembelajaran & pendengaran)


Maklumat tambahan untuk mini kajian tindakan kami:
Jadual Pemberian Token
1. Menyiapkan tugasan yang diberi guru 3 Token
2. Menghantar tugasan tepat pada waktunya 3 Token
3. Mengangkat tangan untuk menjawab soalan 2 Token
4. Tugasan yang dibuat sentiasa kemas dan betul 2 Token
5. Tidak menganggu rakan sepanjang pengajaran guru dalam kelas 1 Token

Jadual Penarikan Balik Token
1. Bergaduh di dalam kelas 4 Token
2. Tidak hadir ke sekolah 3 Token
3. Masuk ke dalam kelas lewat 2 Token
4. Menjerit ketika menjawab soalan 2 Token
5. Tertinggal alat tulis di dalam kelas 1 Token

Jadual sewaan alatan
1. Pensel warna 4 Token
2. Pemadam 3 Token
3. Pembaris 2 Token
4. Gunting 2 Token
5. Pengasah pensel 1 Token
6. Pensel 1 Token

0 comments: