I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 17, 2009

::Aktiviti 7::Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan::

Pengalaman/ Refleksi Kelemahan Pengajaran Subjek Kemahiran Hidup

1)Individu
Bagi saya, untuk subjek Kemahiran Hidup ini terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibuat penambahbaikan. Di antaranya ialah:-

a) Tidak minat
-Tidak semua pelajar disekolah meminati subjek Kemahiran Hidup. Ini kerana, mereka tidak menyukai guru yang mengajar atau pengajaran guru terlalu membosankan. Tidak semua pelajar menyukai kemahiran yang diberikan oleh guru.

b) Penerangan tradisional
-Penerangan yang dibuat disekolah terlalu tradisional. Tiada tayangan video atau kaedah lain yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pelajar. Cara yang selalu digunakan ialah dengan cara demonstrasi.

c)Tidak diberikan hadiah
-sebagai contoh, apabila satu kumpulan itu menang seperti contoh pertandingan memasak diantara kumpulan, guru tidak memberikan sebarang hadiah. Ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan minat pelajar untuk memenangi pertandingan tersebut.

2)Dalam pasukan

Refleksi kelemahan subjek Bahasa Melayu

1) Kadang kala pelajar berasa bosan dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

2) Guru hanya terikat dengan penggunaan buku teks dan merujuk buku rujukan yang sama.

3) Guru memulakan pengajaran terus kepada isi pengajaran yang ingin diajar tanpa memulakan dengan set induksi terlebih dahulu.


Refleksi Kelemahan Subjek Kemahiran Hidup

1) guru tidak memberikan penerangan yang jelas mengenai sesuatu bab itu. Kadang-kala pelajar terpaksa membayangkan alatan tersebut kerana alatan tersebut tidak berada disekolah. Ini akan menyukarkan pelajar untuk mengingatinya.

2) guru juga terlalu tradisional memberikan penerangan didalam bilik kemahiran hidup. Kaedah yang digunakan sama setiap kali kelas.

3)Luar Pasukan
-Kemahiran yang diajar tidak semestinya diminati semua pelajar. Jika mereka tidak minat, ini akan membuatkan pelajar tersebut tidak boleh menumpukan perhatian didalam kelas.


4)Literature review

0 comments: