I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 4, 2009

::Aktiviti 13:Tugasan 4:Mini Kajian Tindakan::

1)Kaedah Token/Ganjaran
Pengenalan
Penggunaan token ialah merupakan satu sistem pengukuhan secara simbolik. Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Program ini dipanggil sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan kepada murid.

Ini bermaksud, suatu simbol bagi token seperti berbentuk bintang, point, ataupun boleh juga dalam bentuk setem dimana ianya boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh murid. Cara ini dapat memotivasikan murid untuk menunjukkan tingkahlaku yang positif. Kajian menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.

2)Teori Burrhus F.Skinner
Burrhus F. Skinner telah membuat suatu teori berkaitan dengan prinsip-prinsip utama pelaziman operan atau tindak balas terhadap sesuatu perlakuan. Dalam teori ini, makhluk hidup mempunyai pilihan untuk berindak balas atau tidak, berasaskan kepada ganjaran yang disediakan. Ianya bermaksud, ianya ransangan dari persekitaran.

Teori prinsip-prinsip utama pelaziman operan Skinner terbahagi kepada dua peneguhan:-
Dalam bahagian peneguhan ini pula terbahagi kepada 2 bahagian:

a.Peneguhan positif
Dalam peneguhan positif ini, sesuatu mahkluk hidup yang diberikan upah/ ganjaran/ hadiah atau apa sahaja bentuk pengukuhan atas apa sahaja yang dilakukannya akan mengulangi perlakuan atau perbuatan tersebut.

b.Peneguhan negatif
Dalam peneguhan negatif pula, sesuatu ganjaran akan ditarik semula sekiranya pelajar menunjukkan tingkahlaku negatif berdasarkan Jadual Penarikan Token. Contoh perlakuan yang akan ditarik tokennya ialah seperti bergaduh didalam kelas, masuk ke kelas lewat dan sebagainya.

3)Strategi yang digunakan
•Peneguhan berterusan akan diberikan dari peringkat awal hingga dikuasai menggunakan Jadual Peneguhan.

•Peneguhan ini dilakukan secara berkala mengikut jadual nisbah dan jadual masa. Jadual peneguhan nisbah ialah peneguhan diberi mengikut bilangan atau kadar sesuatu tingkahlaku operan dihasilkan, manakala jadual peneguhan masa diberi mengikut masa yang ditetapkan misalnya seminggu diadakan 3 kali, dan markah pelajar akan dikira setiap minggu dan diberikan ganjaran. Dan apabila, pelajar telah terlazim persekitaran yang positif kadar masa peneguhan akan dikurangkan sedikit demi sedikit.

Kesimpulan
•Guru memainkan peranan yang penting dalam memberi peneguhan terhadap murid berdasarkan setiap perubahan yang dapat dikesan.
•Guru seharusnya bijak melihat keadaan persekitaran sebelum membuat sesuatu tindakan.

1)Kerangka Konsep
-Merupakan salah satu cara untuk melihat hubungan kerja, interaksi antara kumpulan dan maklumbalas yang boleh dipersembahkan dalam bentuk:-
•Peta konsep
•Carta aliran
•Carta Tulang Ikan
-Seisi sumbangsaran perlu dijalankan untuk mendapatkan input dari ahli-ahli kumpulan penyelidik.



2)Kerangka Teoritikal

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu:
•Pemboleh ubah bersandar iaitu; minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar.
•Pemboleh ubah tidak bersandar contoh; kaedah token
-Ianya mestilah menggunakan sumber ilmiah supaya ia boleh menyokong kepada hubungan ini.
•Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.Kajian ini melihat kaedah token yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

3) Operasional Kajian
•Definisi operasional ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan. Ianya juga menjelaskan tentang

Input
Iaitu proses dimana guru memberi penerangan kepada para pelajar didalam kelas.

Proses
Guru akan melaksanakan proses P&P berdasarkan input yang telah diberikan didalam kelas. Untuk kaedah token ini, sekiranya pelajar dapat menjawab dengan betul, pelajar akan diberi token sebagai peneguhan.

Output
Kaedah Token- Menambah minat, mudah faham, dan penglibatan murid aktif didalam kelas

::Aktiviti 12: Pemurnian::

Berdasarkan maklumbalas, penambahbaikan yang boleh dibuat ialah:

Penyataan Masalah
1) Sejauhmanakah kaedah token ini mampu menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas?

2)Sejauhmanakah kaedah token ini dapat meningkatkan tahap kefahaman pelajar dan dapat mewujudkan persaingan yang sihat didalam proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas?

Tujuan kajian
1)Untuk menarik minat pelajar dengan matapelajaran yang diajar disekolah

2)Untuk memberikan peneguhan kepada para pelajar, dimana seperti yang kita ketahui para pelajar berkeperluan khas ini amat aktif dan pasif didalam kelas.

Objektif Kajian
1) Untuk menarik minat pelajar didalam proses pengajaran dan pengajaran didalam kelas.

2)Untuk mewujudkan persaingan yang sihat diantara pelajar

3) Untuk menjadikan pelajar berani bercuba ketika menjawab dan bertanya soalan didalam proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.

::Aktiviti 11:Tugasan 2:Jurnal::

Jurnal 1: Engaging Children with Useful Words:Vocabulary Instruction in a Third Grade

Penyataan Masalah
1) Sejauhmanakah kaedah bercerita ini dapat meningkatkan tahap kefahaman dan menarik minat para pelajar di dalam kelas?

2) Sejauhmanakah kaedah penceritaan ini dapat meningkatkan tahap kemahiran penulisan mereka didalam kelas?

Melapor Masalah
-Para penyelidik telah membuat pemerhatian dan telah melakukan kaedah penceritaan kepada para pelajar dimana ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan tahap kemahiran membaca dan menulis mereka.

Jurnal 2:A Tool for Improving Quality and Classroom Practice

Penyataan Masalah
1) Sejauhmanakah alat-alat bantu mengajar didalam kelas dapat meningkatkan minat para pelajar didalam kelas?

2)Apakah alat-alat bantu mengajar yang berkesan dan boleh digunakan didalam kelas pengajaran dan pembelajaran didalam kelas?

Melapor masalah
-Para penyelidik telah membuat pemerhatian dan cuba dengan pelbagai alatan bantu mengajar yang sesuai dengan pengajaran didalam kelas.

Jurnal 3: Action Research in the Secondary Science Classroom: Student Response to Diffrentiated Alternative Assessment

Penyataan Masalah
1)Sejauhmanakah kaedah berkumpulan ini mampu menarik perhatian dan meningkatkan kefahaman mereka dalam matapelajaran Sains?

2)Selain dari kaedah berkumpulan yang diperkenalkan, apakah kaedah-kaedah yang digemari oleh para pelajar didalam kelas?

Melapor kajian
-Para penyelidik telah melakukan pemerhatian dengan memperkenalkan pelbagai jenis kaedah ketika didalam kelas. Selain dari itu, temubual juga dilakukan untuk mendapatkan respon daripada para pelajar tentang kaedah yang digunakan.

::Aktiviti 10: Tugasan 1:Buku::

Berdasarkan buku yang saya baca bertajuk "Passionate Enquiry and School Development: A Story About Action Research"

Mengenalpasti penyataan masalah
1) Sejauhmanakah kaedah yang digunakan didalam kelas mampu menarik minat pelajar terhadap matapelajaran yang diajar?

2) Sejauhmanakah tahap kefahaman pelajar setelah kaedah yang pelbagai diperkenalkan didalam kelas?

Saturday, November 21, 2009

::Aktiviti 9::Mini Kajian Tindakan

Matlamat
-Meningkatkan penglibatan pelajar didalam seisi PNP menggunakan kaedah pemberian token

Objektif kajian
Meneroka
-boleh mencungkil kebolehan dan bakat pelajar
-boleh menjana minda dan idea para pelajar

Menilai
-Pelajar menunjukkan sikap lebih berani dan yakin
-Menilai tahap penglibatan pelajar didalam kelas dimana aktif atau tidak
-menilai tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar kepada sesuatu pengajaran yang dilakukan

Persoalan kajian

1) Adakah penggunaan token dapat merangsang minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

2) Adakah penggunaan token dapat meningkatkan persaingan dalam kalangan pelajar melibatkan diri di dalam kelas.

::Aktiviti 8: Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan::

Cadangan Pengajaran Subjek

1)Individu:
Diantara cadangan yang saya ingin kemukakan ialah:-

a)Guru perlu membuat penambahbaikan didalam pengajaran seperti contoh memberikan token setiap kali pelajar dapat menjawab dengan betul atau jika mendapat markah tertinggi. Ini akan menjadikan semua pelajar didalam kelas itu berusaha untuk mendapat markah tertinggi didalam kelas.

b)Guru perlu mempelbagaikan kaedah mengajar, dan tidak terlalu bergantung kepada cara tradisional sahaja. Kaedah yang boleh diperkenalkan ialah penggunaan token dan juga tayangan video.

2)Dalam Pasukan
-Didalam pasukan, kami telah berbincang dimana untuk kedua-dua subjek iaitu Kemahiran Hidup dan Bahasa Melayu perlu diperkenalkan kaedah token ini supaya dapat menarik minat pelajar dan sekaligus akan memberi persaingan baik diantara pelajar. Pelajar akan berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik diantara mereka.

3)Luar Pasukan
-Di luar pasukan pula,untuk kedua-dua subjek ini perlu ada peneguhan supaya pelajar dapat meminati subjek yang diajar.

4) Literature Review

Tuesday, November 17, 2009

::Aktiviti 7::Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan::

Pengalaman/ Refleksi Kelemahan Pengajaran Subjek Kemahiran Hidup

1)Individu
Bagi saya, untuk subjek Kemahiran Hidup ini terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibuat penambahbaikan. Di antaranya ialah:-

a) Tidak minat
-Tidak semua pelajar disekolah meminati subjek Kemahiran Hidup. Ini kerana, mereka tidak menyukai guru yang mengajar atau pengajaran guru terlalu membosankan. Tidak semua pelajar menyukai kemahiran yang diberikan oleh guru.

b) Penerangan tradisional
-Penerangan yang dibuat disekolah terlalu tradisional. Tiada tayangan video atau kaedah lain yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pelajar. Cara yang selalu digunakan ialah dengan cara demonstrasi.

c)Tidak diberikan hadiah
-sebagai contoh, apabila satu kumpulan itu menang seperti contoh pertandingan memasak diantara kumpulan, guru tidak memberikan sebarang hadiah. Ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan minat pelajar untuk memenangi pertandingan tersebut.

2)Dalam pasukan

Refleksi kelemahan subjek Bahasa Melayu

1) Kadang kala pelajar berasa bosan dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

2) Guru hanya terikat dengan penggunaan buku teks dan merujuk buku rujukan yang sama.

3) Guru memulakan pengajaran terus kepada isi pengajaran yang ingin diajar tanpa memulakan dengan set induksi terlebih dahulu.


Refleksi Kelemahan Subjek Kemahiran Hidup

1) guru tidak memberikan penerangan yang jelas mengenai sesuatu bab itu. Kadang-kala pelajar terpaksa membayangkan alatan tersebut kerana alatan tersebut tidak berada disekolah. Ini akan menyukarkan pelajar untuk mengingatinya.

2) guru juga terlalu tradisional memberikan penerangan didalam bilik kemahiran hidup. Kaedah yang digunakan sama setiap kali kelas.

3)Luar Pasukan
-Kemahiran yang diajar tidak semestinya diminati semua pelajar. Jika mereka tidak minat, ini akan membuatkan pelajar tersebut tidak boleh menumpukan perhatian didalam kelas.


4)Literature review

::Aktiviti 6::Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Kekuatan Pengajaran Subjek ialah:-

1)Individu
Bagi saya untuk matapelajaran Kemahiran Hidup terdapat beberapa kekuatan untuk subjek tersebut iaitu:-
a) Diajar kemahiran yang pelbagai
-Kemahiran pelbagai telah diperkenalkan untuk pelajar menguasai kemahiran yang telah diberikan oleh guru

b) Pembelajaran lebih bermakna
-Ini kerana kemahiran yang didapati dan maklumat yang diberikan oleh guru dulu, telah memberikan saya panduan sehingga ke hari ini.

c) Dapat menyelesaikan masalah dengan baik
-Ketika matapelajaran ini diajar disekolah, kami diberikan tugasan dimana kami dikehendaki membuat sesuatu yang luar biasa dari yang lain. Kami telah melakukan projek menggunakan bahan buangan untuk dijadikan bunga, bekas pensel dan lain-lain lagi. Ini memberi kesan kepada saya sehingga ke hari ini supaya bersikap rasional ketika membuat sebarang keputusan.

d) Dapat menjana minda pelajar
-Ini dimaksudkan dengan dimana, apabila diberi bahan terbuang kami dikehendaki mencipta sesuatu yang kreatif. Ini telah menjadikan pelajar sentiasa menjana minda untuk membuat sesuatu yang kreatif.


2)Dalam ahli pasukan

Kelemahan subjek Bahasa Melayu & Kemahiran Hidup
1) Biasanya keadah pengajaran guru lebih kepada teacher centered iaitu guru banyak bercakap daripada pelajar.

2) Guru tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas.

3) Guru lebih banyak menggunakan teknik syarahan ketika memberi penerangan di dalam kelas.

4) Guru tidak banyak menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM).

5) Guru banyak meminta pelajar menyalin nota tanpa mengetahui bahawa pelajar memahami atau pun tidak.

6) Guru jarang memberi peneguhan kepada pelajar.


3)Pasukan Luar
-untuk matapelajaran Kemahiran Hidup diajar banyak kemahiran yang boleh digunakan dimasa akan datang. Pengalaman berkaitan kemahiran ini, kebanyakan diajar disekolah ketika waktu Kemahiran Hidup. Dirumah, kita tidak pernah mendapat kemahiran seperti yang diajar disekolah.

4) Literature Review

Friday, November 13, 2009

::Aktiviti 5: Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan::

Tugasan 1: Buku

Guru novis perlu melakukan kajian tindakan kerana:-
1)Supaya guru dapat meningkatkan mutu amalan yang dilakukan ke arah yang lebih baik lagi sebagai satu langkah untuk memajukan diri.
2) untuk memperbaiki teknik pengajaran agar ia dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih aktif.
3) Untuk mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian pelajar di dalam kelas
4) Meningkatkan dan membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan melalui pengajaran yang berkesan
5) Sebagai satu langkah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi sama ada melibatkan P&P, pencapaian pelajar atau pun prestasi guru.
6) Memperkembangkan pengetahuan yang sedia ada dan cuba mencari penemuan yang terbaru dan terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
7) Menjadikan guru itu kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran didalam kelas

Tugasan 4: Mini Kajian Tindakan
Kumpulan kami telah memilih tajuk "Token di dalam Pengajaran dan Pengajaran bagi Pelajar Berkeperluan Khas" kerana:


1.untuk menarik minat pelajar dengan matapelajaran yang dipelajari.
2.untuk menggalakkan pelajar bertanya di dalam kelas kerana yang seperti kita tahu pelajar berkeperluan khas amat aktif dan pasif didalam kelas.
3.untuk memberi peluang pelajar untuk menjawab di dalam kelas.
4. untuk menggalakkan dan mengekalkan moral yang tinggi.

::Aktiviti 4:Cadangan Mini Kajian Tindakan::

::Tajuk: Token/ganjaran dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran bagi Pelajar Berkeperluan Khas::
Oleh: Mashitoh Abdullah, Marina Ismail & Norfaslin Sudin

Pengenalan
Penggunaan token ialah merupakan satu sistem pengukuhan secara simbolik. Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Program ini dipanggil sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan kepada murid.

Ini bermaksud, suatu simbol bagi token seperti berbentuk bintang, point, ataupun boleh juga dalam bentuk setem dimana ianya boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh murid. Cara ini dapat memotivasikan murid untuk menunjukkan tingkahlaku yang positif. Kajian menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.

Pelaksanaan
1. Kenalpasti tingkahlaku sasaran ( peraturan )
2. Kenalpasti bahan token. ( Cth: cip,cop bintang dll )
3. Kenalpasti ganjaran yang akan diperolehi. ( Cth: bekas pensel )
4. Kenalpasti kadar nilai ganjaran ( menu ganjaran ) ( Cth: 10 bintang dapat sebatang pensel.)
5. Murid-murid dijelaskan tentang penerimaan dan penarikan balik token.

Kriteria Pemilihan Token
1. Disukai oleh murid.
2. Mencukupi bila diperlukan.
3. Praktis - tidak menyusahkan.
4. Dalam bentuk yang boleh dihimpunkan, dilihat, disentuh dan dibilang.
5.Tidak mudah diperolehi di tempat lain.
6. Tahan lama.

Peryataan masalah:
1)Seperti yang sedia umum para pelajar susah untuk menjawab dan mengemukakan soalan selepas aktiviti pengajaran berlaku. Ini keran pengajaran tersebut membosankan mereka. Disamping itu, melalui kaedah ini, kami juga mencari penyelesaian kepada masalah yang berlaku didalam bilik darjah dan cuba mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2)Pelajar terlalu pasif dan aktif didalam kelas, untuk beri peneguhan token ini diperkenalkan kepada pelajar

Sebab memilih tajuk ini ialah:
1.untuk menarik minat pelajar dengan matapelajaran yang dipelajari.
2.untuk menggalakkan pelajar bertanya di dalam kelas.
3.untuk memberi peluang pelajar untuk menjawab di dalam kelas.
4. untuk menggalakkan dan mengekalkan moral yang tinggi.

Peserta kajian
1.Rakan-rakan sekelas pengajaran makro (masalah pembelajaran & pendengaran)

Set Kajian
1.Didalam kelas pengajaran makro (masalah pembelajaran & pendengaran)


Maklumat tambahan untuk mini kajian tindakan kami:
Jadual Pemberian Token
1. Menyiapkan tugasan yang diberi guru 3 Token
2. Menghantar tugasan tepat pada waktunya 3 Token
3. Mengangkat tangan untuk menjawab soalan 2 Token
4. Tugasan yang dibuat sentiasa kemas dan betul 2 Token
5. Tidak menganggu rakan sepanjang pengajaran guru dalam kelas 1 Token

Jadual Penarikan Balik Token
1. Bergaduh di dalam kelas 4 Token
2. Tidak hadir ke sekolah 3 Token
3. Masuk ke dalam kelas lewat 2 Token
4. Menjerit ketika menjawab soalan 2 Token
5. Tertinggal alat tulis di dalam kelas 1 Token

Jadual sewaan alatan
1. Pensel warna 4 Token
2. Pemadam 3 Token
3. Pembaris 2 Token
4. Gunting 2 Token
5. Pengasah pensel 1 Token
6. Pensel 1 Token

::Tugasan 3::Pembentangan Kolokium DPLI Januari 2009::

Pembentangan 1:“Meningkatkan Minat dan Tahap Penguasaan Pelajar dalam Kemahiran Membaca al-Quran dengan Menggunakan Kaedah Iqra”::
(Pembentang: Halina binti Yusof dan Nor Syariah binti Sirun)

Penyataan masalah
1.Sejauhmanakah keberkesanan kaedah Iqra’ dalam membantu pelajar-pelajar yang lemah untuk mengenal huruf-huruf yang terdapat dalam Al-Quran?
2.Adakah kaedah Iqra’ dapat membantu pelajar mengenal huruf serta baris dengan lebih cepat dan menguasai bacaan Al-Quran dengan lebih praktikal?
3.Adakah dengan menggunakan kaedah Iqra’ dapat menarik minat pelajar

Metadologi, Setting Kajian & Sampel Kajian
1.SampelMenggunakan 5 orang pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Klang Selangor.Empat orang Tingkatan 1 dan seorang dari Tingkatan 2 dimana ia dilakukan selama sebulan.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data
1.Temubual
Temubual dilakukan dengan guru pembimbing dan guru dimana dengan bertanyakan mereka tentang bacaan Iqra. Temubual dilakukan ke atas 5 orang pelajar lelaki di sekolah tersebut dimana bertanyakan mengenai kaedah Iqra yang mampu menolong mereka membaca al-Quran dengan lebih baik

.2. Pemerhatian
Mengadakan pemerhatian dimana melihat kepada kebolehan pelajar samada boleh atau tidak membaca al-Quran, disini untuk mengenalpasti kaedah penggunaan Iqra ini dan bertujuan untuk mengetahui kebolehan pelajar.

3. Ujian bacaan
Ujian ini dilakukan dihadapan guru, dimana para pelajar akan membaca Iqra dihadapan guru mereka dan guru akan membetulkan kesalahan mereka atau tidak. Melalui ujian bacaan ini, akan dapat mengenalpasti pelajar yang ada masalah dari mengenal huruf Hijaiyyah.

Implikasi Kajian
Dari segi pemerhatian tahap kebolehan pelajar dalam membaca al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra’ bertambah baik dan pelajar dapat mengenal dan menulis huruf –huruf tunggal hijaiyyah sebelum memulakan kelas Iqra’.Dari segi temubual pula mereka telah menunjukkan sifat keyakinan apabila diminta oleh guru untuk menulis huruf hijaiyyah,minat yang mendalam untuk belajar serta menguasai bacaan al-Quran dan mereka meminta Kelas Iqra’ hendaklah diteruskan supaya mereka dapat belajar membaca al-Quran dengan cepat dan praktikal.

Apa yang dapat dipelajari:
Melalui pembentangan kajian tindakan ini, saya dapat memahami serba sedikit mengenai bagaimana proses penyelidikan kajian tindakan ini dijalankan. Penggunaan Iqra dapat menarik perhatian pelajar dan mampu membuatkan pelajar boleh membaca al-Quran dengan lebih cepat dan praktikal dan ia patut diteruskan kerana terlalu ramai pelajar tidak mengenali huruf-huruf Hijaiyyah dan tidak mampu membaca al-Quran dengan baik.


Pembentangan 2:"Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) melalui kaedah permainan didalam Kelas 4 Dedikasi SMK Bandar Rinching (Pembentang:Nor Zira binti Shafie dan Norbahariah binti Baharin)"

Persoalan Kajian
1.Adakah kaedah permainan menggalakkan penglibatan aktif pelajar semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam kelas?
2.Adakah kaedah permainan dapat memperkembangkan aspek kemahiran berfikir secra kreatif dan kritis (KBKK) di kalangan pelajar?
3.Adakah kaedah permainan dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan pelajar dalam berinteraksi semasa P&P?

Metodologi, Setting Kajian dan Sampel Kajian
1.Refleksi awal

  • Masalah yang dikaji dikenalpasti selepas dua kali sesi pengajaran dijalankan.
  • Refleksi dilakukan daripada markah Ujian Setara 2 Tingkatan 4 yang dijalankan pada bulan Ogos 2009 sebagai instrumen

2.Pre-TestMerancang

  • permainan yang dirancang bola hikmah, dam ular dan permainan dart.
  • permainan ini akan dijalankan pada bulan Ogos sehingga awal bulan Oktober.


  • Pengumpulan dan Penganalisisan Data


1.Pre –test-Ujian Setara dilakukan kepada murid 2 Tingkatan 4 sekolah tersebut

2.Pemerhatian-Dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dimana kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka.-dipantau semasa sesi permainan, kelihatan pelajar suka kepada permainan ketika proses pengajaran dan pembelajaran.


3.Temubual-Selepas ketiga-tiga permainan selesai menemubual perasaan mereka dan respon mereka kepada pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan permainan

.
4.Soal selidik- Didalam soalan selidik sebanyak 35 soalan diedarkan dimana julat markah 0-5 (sangat tidak setuju- sangat setuju)-Soalan merangkumi sikap pelajar semasa p & p, kekuatan dan kelemahan kaedah permainan


5.Post-test-Ujian Penilaian akhir dimana untuk menguji tahap keupayaan dan kebolehan pelajar dalam mengadaptasikan permainan tersebut untuk menjawab soalan peperiksaan mereka.



Implikasi Kajian


  • Di dalam Pre- test menunjukkan pelajar lemah dalam bahagian subjektif terutama subjek sains diman sebahagian besar pelajar meninggalkan ruang kosong pada bahagian subjektif. Purata markah pelajar yang lulus 40%-45% ialah seramai 7 orang.
  • Dari segi pemerhatian pula sebelum kaedah permainan dijalankan, pelajar lebih gemar diam atau menjawab ‘tidak tahu’ apabila disoal tetapi selepas permainan, pelajar dilihat sudah berani mencuba walaupun kadangkala kurang tepat. Disini juga didapati pelajar lebih kerap bertanya dan pelajar sangat teruja ketika seisi permainan dijalankan.
  • Dari soal selidik 32 orang pelajar memberi markah 4(setuju) dengan kaedah permainan yang digunakan dimana responden bersetuju kaedah permainan dapat mengembangkan kemahiran berfikir dan meningkatkan keyakinan.
  • Dari temubual pula pelajar berpendapat setiap guru sepatutnya menggunakan kaedah ini bagi setiap mata pelajaran dimana kaedah permainan di dalam kumpulan dapat membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi di dalam kelas-Post-test pula menunjukkan pelajar didapati lebih berani menjawab soalan subjektif dan peningkatan markah terutama pada subjek sains kertas 2.



Apa yang dapat dipelajari ialah


Saya dapat mengetahui serba sedikit bagaimana kaedah permainan ini mampu meningkatkan kemahiran pelajar untuk berinteraksi didalam kelas. Di samping itu, kaedah permainan ini juga dapat membuka minda para pelajar didalam kelas dan sekaligus akan memgembangkan pemikiran mereka untuk berfikir denga baik. Bagi saya, kaedah permainan ini patut dikembangkan dan digunakan untuk semua subjek di sekolah.

::Aktiviti 3::Pembentangan Kolokium DPLI Januari 2009::

Pembentangan 1:“Meningkatkan Minat dan Tahap Penguasaan Pelajar dalam Kemahiran Membaca al-Quran dengan Menggunakan Kaedah Iqra”::(Pembentang: Halina binti Yusof dan Nor Syariah binti Sirun)

Penyataan masalah
1.Sejauhmanakah keberkesanan kaedah Iqra’ dalam membantu pelajar-pelajar yang lemah untuk mengenal huruf-huruf yang terdapat dalam Al-Quran?2.Adakah kaedah Iqra’ dapat membantu pelajar mengenal huruf serta baris dengan lebih cepat dan menguasai bacaan Al-Quran dengan lebih praktikal?3.Adakah dengan menggunakan kaedah Iqra’ dapat menarik minat pelajar

Metadologi, Setting Kajian & Sampel Kajian
1.Sampel
Menggunakan 5 orang pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Klang Selangor.Empat orang Tingkatan 1 dan seorang dari Tingkatan 2 dimana ia dilakukan selama sebulan.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data
1.TemubualTemubual dilakukan dengan guru pembimbing dan guru dimana dengan bertanyakan mereka tentang bacaan Iqra. Temubual dilakukan ke atas 5 orang pelajar lelaki di sekolah tersebut dimana bertanyakan mengenai kaedah Iqra yang mampu menolong mereka membaca al-Quran dengan lebih baik

.2. Pemerhatian
Mengadakan pemerhatian dimana melihat kepada kebolehan pelajar samada boleh atau tidak membaca al-Quran, disini untuk mengenalpasti kaedah penggunaan Iqra ini dan bertujuan untuk mengetahui kebolehan pelajar.

3. Ujian bacaan
Ujian ini dilakukan dihadapan guru, dimana para pelajar akan membaca Iqra dihadapan guru mereka dan guru akan membetulkan kesalahan mereka atau tidak. Melalui ujian bacaan ini, akan dapat mengenalpasti pelajar yang ada masalah dari mengenal huruf Hijaiyyah.

Implikasi Kajian
Dari segi pemerhatian tahap kebolehan pelajar dalam membaca al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra’ bertambah baik dan pelajar dapat mengenal dan menulis huruf –huruf tunggal hijaiyyah sebelum memulakan kelas Iqra’.Dari segi temubual pula mereka telah menunjukkan sifat keyakinan apabila diminta oleh guru untuk menulis huruf hijaiyyah,minat yang mendalam untuk belajar serta menguasai bacaan al-Quran dan mereka meminta Kelas Iqra’ hendaklah diteruskan supaya mereka dapat belajar membaca al-Quran dengan cepat dan praktikal.


Pendapat
Pada pendapat saya, tajuk ini sesuai dengan kajian tindakan dimana mereka ingin melakukan penambahbaikan terhadap penguasaan bacaan al-Quran dengan memperkenalkan kaedah IQRA kepada para pelajar.

Kekuatan dari pelbagai sumber yang dianalisis ialah:-
1) Dapat pelbagai maklumat, seperti diatas ia menggunakan temubual, pemerhatian dan mengadakan ujian bacaan.

Kelemahan dari pelbagai sumber untuk dianalis ialah:-
1) Tidak kesemua data dan maklumat yang didapati sah kerana ia datang dari pelbagai sumber, dan tidak mustahil ada responden yang memberi jawapan yang tidak jujur ketika proses itu dilakukan.

Cadangan penambahbaikan:-
1) Para guru hendaklah memilih untuk menjalankan ujian bacaan, kerana dari situ kita dapat lihat perkembangan anak murid kita didalam bacaan al-Quran.


Pembentangan 2:"Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) melalui kaedah permainan didalam Kelas 4 Dedikasi SMK Bandar Rinching (Pembentang:Nor Zira binti Shafie dan Norbahariah binti Baharin)"

Persoalan Kajian
1.Adakah kaedah permainan menggalakkan penglibatan aktif pelajar semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam kelas?
2.Adakah kaedah permainan dapat memperkembangkan aspek kemahiran berfikir secra kreatif dan kritis (KBKK) di kalangan pelajar?
3.Adakah kaedah permainan dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan pelajar dalam berinteraksi semasa P&P?

Metodologi, Setting Kajian dan Sampel Kajian
1.Refleksi awal
Masalah yang dikaji dikenalpasti selepas dua kali sesi pengajaran dijalankan.Refleksi dilakukan daripada markah Ujian Setara 2 Tingkatan 4 yang dijalankan pada bulan Ogos 2009 sebagai instrumen

2.Pre-TestMerancang
permainan yang dirancang bola hikmah, dam ular dan permainan dart.permainan ini akan dijalankan pada bulan Ogos sehingga awal bulan Oktober.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data
1.Pre –test-Ujian Setara dilakukan kepada murid 2 Tingkatan 4 sekolah tersebut

2.Pemerhatian-Dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dimana kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka.-dipantau semasa sesi permainan, kelihatan pelajar suka kepada permainan ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

3.Temubual-Selepas ketiga-tiga permainan selesai menemubual perasaan mereka dan respon mereka kepada pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan permainan

.4.Soal selidik- Didalam soalan selidik sebanyak 35 soalan diedarkan dimana julat markah 0-5 (sangat tidak setuju- sangat setuju)-Soalan merangkumi sikap pelajar semasa p & p, kekuatan dan kelemahan kaedah permainan

5.Post-test-Ujian Penilaian akhir dimana untuk menguji tahap keupayaan dan kebolehan pelajar dalam mengadaptasikan permainan tersebut untuk menjawab soalan peperiksaan mereka.

Implikasi Kajian
Di dalam Pre- test menunjukkan pelajar lemah dalam bahagian subjektif terutama subjek sains diman sebahagian besar pelajar meninggalkan ruang kosong pada bahagian subjektif. Purata markah pelajar yang lulus 40%-45% ialah seramai 7 orang.Dari segi pemerhatian pula sebelum kaedah permainan dijalankan, pelajar lebih gemar diam atau menjawab ‘tidak tahu’ apabila disoal tetapi selepas permainan, pelajar dilihat sudah berani mencuba walaupun kadangkala kurang tepat. Disini juga didapati pelajar lebih kerap bertanya dan pelajar sangat teruja ketika seisi permainan dijalankan.Dari soal selidik 32 orang pelajar memberi markah 4(setuju) dengan kaedah permainan yang digunakan dimana responden bersetuju kaedah permainan dapat mengembangkan kemahiran berfikir dan meningkatkan keyakinan.Dari temubual pula pelajar berpendapat setiap guru sepatutnya menggunakan kaedah ini bagi setiap mata pelajaran dimana kaedah permainan di dalam kumpulan dapat membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi di dalam kelas-Post-test pula menunjukkan pelajar didapati lebih berani menjawab soalan subjektif dan peningkatan markah terutama pada subjek sains kertas 2.

Pendapat
Bagi pendapat saya, kajian ini ialah kajian tindakan dimana para pembentang cuba untuk meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran melalui konsep permainan. Ini adalah salah satu cara penambahbaikan terhadap subjek yang diajar disekolah. Seperti yang kita ketahui, disekolah masih lagi menggunakan kaedah tradisional, dan apabila diperkenalkan pelbagai jenis atau kaedah mengajar, boleh menimbulkan perasaan seronok ketika belajar.

Kekuatan dari pelbagai sumber untuk dianalisis ialah:-
1) Dapat pelbagai sumber, dan akan menjadikan kajian itu menarik kerana dari pelbagai sumber dan pelbagai pendapat.

Kelemahan dari pelbagai sumber untuk dianalisis ialah:-
1) Data yang didapati tidak boleh dipastikan kesahihannya

Penambahbaikan:-
1)Guru seharusnya mengetahui sumber yang mana lebih bersesuaian ketika berada didalam kelas. Pertanyaan secara rawak juga boleh diambil sebagai data ketika berada didalam kelas. Ini dapat melihat samada, pelajar menyukai kaedah permainan yang diajar atau tidak.

::Aktiviti 2:: Jurnal (Group)::

ABSTRAK JURNAL NORFASLIN SUDIN
::Jurnal 1:Engaging Children with Useful Words:Vocabulary Instruction in a Third Grade Classroom::
Oleh:(Lynn CohenLong Island University, C.W. Post and Katherine ByrnesGreat Neck Public Schools)

Kajian ini dilakukan untuk melihat penggunaan perbendaharaan kata dalam lisan, komunikasi dan bertulis semasa menyediakan penulisan dalam seharian kanak-kanak di sekolah. Kajian ini juga melihat cara yang paling bagus perlu digunakan untuk meningkatkan mutu penggunan perbendaharaan kata di sekolah. Tidak seperti cara yang lama dimana guru mengajar tentang perbendaharaan kata melalui kaedah syarahan dan menyuruh mereka membaca apa yang ada didalam buku tersebut. Tapi melalui kaedah tindakan ini, guru meminta mereka membaca dengan kuat supaya guru dapat membetulkan kesalahan mereka dan guru mengalakkan kaedah bercerita didalam kelas supaya perbendaharaan kata mereka baik. Mereka akan belajar 6 perkataan baru setiap hari supaya penulisan mereka bertambah baik. Dari perkataan yang diberi, pelajar akan cuba untuk membuat ayat dan kemudian membaca dengan kuat apa yang ditulis oleh mereka.

::Jurnal 2:Action Research: A Tool for Improving Teacher Quality and Classroom Practice::
Oleh: (Katherina A’Connor, H. Carol Greene & Patricia J. Anderson)

Kajian tindakan ialah alat atau bahan untuk menolong guru atau tenaga pengajar untuk mendapat strategi pengajaran yang bersesuaian ketika mengajar (Sagor, 2004). Melalui kajian tindakan, terdapat perubahan yang positif seperti peningkatan cara pengajaran guru, refleksi kendiri dan meningkatkan keseluruhan pengajaran didalam kelas(Ferrance, 2000,Johnson & Button at el). Kajian ini lebih bermakna kepada guru kerana guru itu sendiri yang membuat kajian terhadap kelas mereka sendiri.

::Jurnal 3:Action Research in the Secondary Science Classroom: Student response to Differentiated, Alternative Assessment::

Kajian dibuat bedasarkan matapelajaran Sains di sekolah dimana guru menggunakan pelbagai jenis kaedah untuk meningkatkan tahap pengajaran mereka didalam kelas. Seperti cara tradisional, guru menganalisis masalah disekolah dan kemudiaan menyelesaikannya untuk diguna pakai untuk masa akan datang. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti apakah yang menjadi kegemaran pelajar ini tentang subjek sains. Di dalam kajian ini, guru-guru berpengalaman turut serta dan bersama-sama mencari kaedah terbaik dalam pengajaran sains.

ABSTRAK JURNAL MASHITOH BINTI ABDULLAH
::Jurnal 1 : Collaborative Learning Enhances Critical Thinking::
Oleh : Anuradha A. Gokhale

Jurnal ini menulis tentang konsep pembelajaran kolaboratif secara berkumpulan atau berpasangan yang bertujuan untuk mencapai matlamat akademik yang telah banyak dikaji sebelumm ini. Istilah pembelajaran kolaboratif di kalangan pelajar merangkumi pelbagai tahap. Pembelajaran kolaboratif menjadikan pelajar aktif dalam penukaran idea di kalangan kumpulan kecil bukan sahaja dapat meningkatkan minat tetapi dapat juga memperkenalkan cara pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Kebanyakan kajian banyak dialakukan di sekolah, namun kajian ini akan menjelaskan penggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif di peringkat kolej pula.

::Jurnal 2 : Using Point-of-View Video Modelling to Teach Play to Preschoolers With Autisme::
Oleh : Jeffrey F. Hine dan Mark Wolery

Menggunakan sudut pandangan yang ditunjukkan oleh video untuk mengajar kanak-kanak prasekolah autisme bermain. Kajian ini mengukur keberkesanan menggunakan sudut pandangan yang ditunjukkan oleh video dalam mengajar menggunakan kemahiran-kemahiran bermain permainan yang dipilih kepada dua orang pelajar prasekolah yang autisme. Model-model yang ditunjukkan ini melibatkan rakaman video dan tanpa rakaman video. Kajian ini melihat sejauh mana perspektif kanak-kanak apabila melihat sesuatu dan seterusnya melakukan kemahiran yang disasarkan. Pengkaji menggunakan pelbagai cara terhadap dua kanak-kanak ini berdasarkan dua tingkahlaku untuk menilai kesan sudut pandangan yang ditunjukkan yang diperolehi oleh kanak-kanak dan menyelenggarakan tindakan bermain. Mereka menggunakan kaedah yang digeneralisasikan untuk menilai tahap di mana para peserta menggunakan kemahiran baru dan permainan baru semasa aktiviti bilik darjah. Hasilnya menunjukkan bahawa mode sudut pandangan yang ditunjukkan adalah alat yang berkesan untuk pengajaran bermain kepada pelajar prasekolah dengan autisme.

::Jurnal 3 : Direct InstructionWith Playfull Skill Extention::
Oleh : Jean M Keaton

Kaedah pengajaran secara langsung telah ditemui untuk memperkenalkan kebolehan membaca dan menulis dalam membangunkan pembaca. Sama juga pentingnya, srategi pembelajaran yang membolehkan anak-anak untuk membina pengetahuan melalui penyertaan antif akan meningkatkan motivasi mereka untuk membaca dan menulis. Kajian tindakan yang dilakukan ini adalah untuk meninjau keberkesanan pangajaran secara langsung dengan berjenaka yang dikaitkan dalam membangunkan penulisan dan pembacaan di tadika. Objektif projek ini adalah untuk menghubungkan amalan-amalan yang bersesuaian pengajran arahan langsung. Pendekatan yang sistematik tentang StrategiPembelajaran Bantuan Penelitian (PALS) telah diikuti dengan hanya menggunakan pelajaran-pelajaran yang diarahkan oleh guru, bermain mengikut pembelajaran PALS secara menyeluruh yang diintegrasikan bagi mengekalkan minat kanak-kanak serta memberi motivasi untuk mereka belajar. Keputusan menunjukkan bahawa pelajar yang awalnya menunujukkan prestasi yang rendah dalam menyebut sebutan yang dubaca dan prestasi menulis telah m encapai peningkatan yang terbaik dalam mengenalpasti huruf dan bunyi dan dalam mengaplikasi pengetahuan huruf dan bunyi untuk menjadikan ejaan tepat dalam penulisan. Pelajar-pelajar tadika yang tinggi ketingggian dalam keupayaan membaca menjadikan pencapaian yang lebih baik dengan memperkenalkan perkataan yang dilihat.

ABSTRAK JURNAL MARINA ISMAIL
::Jurnal 1: The Effect of Picture and Prompt on the Writing of student in Primary Grades: Action Reseach by Graduate Students at California State University, Northridge.
Oleh: Christine O’Honlan

Jurnal ini adalah berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan oleh 9 orang guru yang mempunyai pengalaman rata-ratanya adalah selama 6 tahun (1 hingga 15 tahun). Ianya melibatkan kajian tindakan yang mengkaji tentang kesan atau pengaruh penggunaan gambar dalam penulisan murid. Seramai 165 murid terlibat iaitu seramai 83 orang lelaki dan 82 orang perempuan yang terdiri daripada murid tadika hingga gred 2Data telah menunjukkan bahawa apabila guru memilih tugasan penulisan sebagai satu cara untuk murid mengembangkan penulisannya, penting untuk mereka tahu sama ada menggunakan ‘prompt’ sahaja atau ‘prompt’ berpasangan dengan gambar akan lebih memberi manfaat. Bagi murid yang muda, mungkin murid bahasa kedua, gambar akan membantu kemahiran menulis dan melukis. Walaubagaimana pun, selepas tadika, gambar yang digabungkan bersama ‘prompt’ tidak member kesan positif terhadap penulisan mereka. Guru sebagai pengkaji telah member kesimpulan bahawa walaupun gambar akan memberi konteks dan maklumat latar belakang untuk murid di peringkat semua umur, ia akan menyekat kreativiti mereka. Ini adalah dapatan yang tidak diduga kerana faktor penentu adalah pengalaman dan pengetahuan bahasa Inggeris mereka.

Jurnal 2: Action Research and Distributed Problem-Based Learning in Continuing Professional Eduaction

By : David McConnell

Dalam kertas kajian ini, pengkaji menumpukan kepada analisis kerja secara kolaboratif dan pengalaman belajar pelajar yang terlibat dengan memberikan mereka pembelajaran yang berpusatkan masalah iaitu distributed problem-based learning (dPBL) dengan mula menjawab soalan “apakah yang berlaku dalam kumpulan dPBL?”. Berdasarkan pernyataan tersebut, pengkaji mengemukakan dua perkara yang mempunyai hubung kait. Permulaan penilaian pembelajaran adalah dengan cara yang mana kumpulan dPBL membangun sepanjang masa kerja mereka. Pengkaji mengemukakan tiga perbezaan, tetapi tahap pembangunan dalam kumpulan adalah serantak iaitu tahap pertama menggambarkan rundingan. Kedua pula adalah pembahagian tugas dan persetujuan berdasarkan aktiviti kajian dan ketiga adalah berkenaan dengan penghasilan atau pun pengeluaran. Kajian kedua adalah untuk melihat bagaimana cara kerja dalam kumpulan secara dalaman dan luaran dapat membangun dan mengekalkan komuniti pelajar. Kaedah dalam kajian ini adalah melibatkan perbincangan secara online, analisis transkrip perbincangan, perbahasan aktiviti dan perkongsian pengeluaran atau produktiviti.


Jurnal 3: “It’s about the Kids”: Transforming Teacher-Student Relationships through Action Research

By: Dwight Rogers et.al

Kajian tindakan adalah sering kali termasuk dalam program pengajaran guru untuk memperbaiki refleksi dan latihan guru. Melalui kajian ini ia memberi tanda yang menunjukkan kesan ke atas pelajar. Artikel ini merupakan penilaian penulis terhadap kajian tindakan yang telah dilakukan oleh 114 guru berpenagalaman yang mengambil sarjana dalam pendidikan. Guru-guru tersebut terdiri daripada pelbagai bidang disiplin dan tahap. Berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan, penulis mendapati bahawa kajian tindakan yang dilakukan oleh guru ini adalah untuk mengkaji tiga perkara utama iaitu apabila guru mendapati bahawa kuranganya hubungan interpersonal dengan pelajar, pelajar yang kurangnya memahami tugas meraka sebagai pelajar dan pelajar yang kurang bersuara di dalam kelas. Penulis telah mengemukakan tiga masalah ini melalui beberapa contoh kajian yang telah dijalankan.

Aktiviti 1::Maksud Kajian Tindakan::

Ulasan Buku: Passionate Enquiry and School Development: A Story About Teacher Action
Research
Oleh: Marion Dadds

Definisi Kajian Tindakan

1.Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Ia dilakukan secara berterusan sehingga permasalahan di dalam kelas itu menemui jalannya. Ia dilakukan dimana guru itu sebagai penyelidik bagi bilik darjah mereka sendiri dan cuba membuat penambahbaikan kepada pembelajaran dan pengajaran. Dan jika ianya bagus, ia boleh dijadikan sumber rujukan kepada organisasi sekolah itu sendiri.

2.Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
3.buku ini memberi penerangan tentang apa yang dimaksudkan dengan kajian tindakan menurut beberapa pandangan tokoh-tokoh. Antaranya :
a) Hessen, 1996; McTaggart, 1997; Schumuck, 1997 – mereka memberi pendapat kajian tindakan ialah proses untuk mengkaji masalah yang berlaku di dalam bilik darjah atau sekolah yang melibatkan proses pembelajaran dan pengajaran. Seterusnya memperbaiki kualiti tindakan yang dilakukan di dalam bilik darjah.
b) Foshy, 1998; Tomlinson, 1995 – mereka pula memberi takrifan kajian tindakan merupakan sejenis penemuan yang dirancang, disusun dan boleh dikongsi dengan orang lain tentang maklumat yang diperolehi.Kajian tindakan yang dilakukan adalah bermatlamat untuk memperbaiki teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dan seterusnya meningkatkan fungsi sesebuah sekolah.

4.Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ” (learning by doing)


Bagaimana kajian dilakukan?

Prosedur kajian tindakan yang dilaksanakan mempunyai beberapa langkah tetap iaitu:-

Langkah 1: Mengenalpasti isu, masalah dan situasi yang dikaji

Masalah atau isu disekolah seperti kurikulum, pentadbiran proses pengajaran, pembelajaran dan program kokurikulum ini perlu dikenalpasti terlebih dahulu dalam melaksanakan kajian.Setelah isu/masalah kajian ditentukan, objektif kajian perlu ditulis dengan jelas.

Langkah 2: Merancang Penyelidikan

Untuk merancang, perlu melibatkan guru yang ramai untuk mendapatkan idea dan usul yang berkesan dalam menyelesaikan isu kajian. Antara lima rancangan yang perlu dititikberatkan didalam merancang kajian tindakan ialah:-

Rancang langkah-langkah tindakan yang akan diambil
Rancang tugas atau tanggungjawab atau aktiviti baru
Rancang cara-cara pemantauan yang akan dibuat
Rancang keperluan lain atau masa yang diperuntukkan
Rancang cara merefleks

Langkah 3: Melaksana Tindakan (bertindak)

Langkah ketiga ini merupakan peringkat dimana guru perlu melaksanakan strategi kajian tindakan yang telah dirancang dalam langkah-langkah seperti aktiviti atau program untuk menyelesaikan sesuatu masalah kajian.

Langkah 4: Membuat Pemerhatian

Apa yang berlaku pada peringkat ini adalah penyelidik (guru) akan mengumpulkan data dan maklumat hasil kajian tindakan yang telah dilaksanakan. Pemerhatian selalunya dibuat untuk mengesan kesan tindakan terhadap tingkahlaku dan reaksi terhadap tindakan yang dijalankan. Pemerhatian yang berlaku secara langsung adalah mencatat terus nota ke dalam buku catatan iaitu diari, jurnal atau buku log). Melalui apa yang dilihat seperti pergerakan guru atau pelajar dan suasana pembelajaran didalam kelas.

5. Pengumpulan dan penganalisan data

1. Instrumen Kajian

Antara instrumen yang digunakan ketika menjalankan kajian ialah seperti kertas ujian, soalan soal selidik dan pita rakaman.

2. Teknik Pengumpulan Data

Untuk mendapat maklumat yang lengkap dan penting dalam kajian tindakan, guru perlu mengutip pelbagai bentuk data. Ini kerana, setiap bentuk data mempunyai fungsi tertentu untuk memberikan maklumat kepada kajian yang dijalankan. Terdapat pelbagai kaedah mengumpul data iaitu:-

i) Pemerhatian

-Pengkaji perlu memiliki pengetahuan dan pemahaman yang luas mengenai situasi yang dikaji.
-Melibatkan aktiviti meneliti dan berfikir secara original dan kritikal tentang situasi.
-Aspek penting ialah pemerhatian dilakukan secara sistematik.
-Data yang dikutip dengan cara ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika dikutip secara teratur dan pada masa sebenar kajian.
-3 aspek penting dalam melakukan pemerhatian ialah tumpuan permerhatian (siapa, dimana), masa pemerhatian (diadakan masa yang berlainan untuk dapatkan kepelbagaian maklumat) dan cara pemerhatian (bagaimana dicatat, teknik, prosedur pemerhatian iaitu mencatat data-data penting serta merta semasa permerhatian data bentuk nota).

ii) Tinjau dan kutip bahan-bahan dokumen

Dokumen membekalkan maklumat berkaitan masalah yang dikaji dan penting untuk fahami tujuan, rasional dan sejarah program.
Dokumen yang boleh digunakan untuk kutip data dalam kajian tindakan iaitu sukatan dan rancangan pelajaran, kertas peperiksaan dan ujian, laporan kurikulum, minit, mesyuarat panitia dan buku-buku yang dikaji.

iii) Rakaman Pita Video/Transkrip

Rakaman video dapat mengesan perlakuan guru, pelajar dan fakta-fakta yang tidak dapat dikesan olehguru dalam kajian tindakannya yang dijadikan data-data untuk dikumpul.- Rakaman ini juga dapat mengukur dan menilai kegiatan pelajar (individu dan kumpulan) dalam aktivitikelas.- Transkripsi pula boleh menilai kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang diajar oleh guru.


iv) Temubual

Kaedah ini membantu penyelidik mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam.- Antara sampel yang penting untuk ditemubual ialah pelajar-pelajar, guru-guru yang mengajar subjek samadan pihak pentadbiran sekolah.- Penting untuk mendapatkan idea, perasaan dan sikap mereka terhadap kajian tindakan yang dijalankan disekolah tersebut.


3. Teknik Penganalisisan Data

proses analisis membantu mendalami data secara dekat dan jelas. Ia juga membantu untuk penyelidik merangkakan perkara yang sedar atau tidak sedar berlaku.teknik-teknik membuat analisis;eneliti data secara menyeluruh dengan menetapkan kategori data serta meneliti semula dan membahagikan data mengikut kategori.membuat proses sumbangsaranuntuk mendapatkan idea-membuat refleksi idea-mengumpul idea yang tidak berkenaan-semakan semula data-membuat senarai rangka isi-silang rujukan rangka isi- membuat refleksi pada senarai analisis secara perbincangan.

Saturday, November 7, 2009

::Tugasan 2: Ulasan Jurnal 3::

::Tugasan 2:Ulasan Jurnal 3::
::Action Research in the Secondary Science Classroom: Student response to Differentiated, Alternative Assessment::

Pengenalan
Kajian dibuat bedasarkan matapelajaran Sains di sekolah dimana guru menggunakan pelbagai jenis kaedah untuk meningkatkan tahap pengajaran mereka didalam kelas. Seperti cara tradisional, guru menganalisis masalah disekolah dan kemudiaan menyelesaikannya untuk diguna pakai untuk masa akan datang. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti apakah yang menjadi kegemaran pelajar ini tentang subjek sains. Di dalam kajian ini, guru-guru berpengalaman turut serta dan bersama-sama mencari kaedah terbaik dalam pengajaran sains.

Setting
Dilakukan didalam kelas Sains

Set Kajian
Peringkat Pertama - 79 orang (3 buah kelas)
Peringkat Kedua - 47 orang

Prosedur dan pengumpulan data:
Ia dilakukan pelajar perlu menjawab 24 soalan yang diedarkan oleh guru kepada mereka. Didalam soalan ini banyak ditanyakan soalan mengenai adakah suka bekerja didalam kumpulan atau secara individu. Dimana mereka perlu menjawab sangat bersetuju, setuju, sangat tidak bersetuju, tidak setuju dan lain-lain. Ini adalah untuk mengukur kecenderungan mereka terhadap matapelajaran sains. Seperti subjek Sains yang biasa, mereka perlu melakukan eksperimen, tapi didalam kajian ini mereka menggunakan model dimana pelajar mesti menyiapkan model sains mereka.

Hasil Dapatan
Hasil yang didapati daripada kajian ini, dimana para pelajar telah menunjukkan minat terhadap matapelajaran Sains. Disamping itu juga, boleh meningkatkan pelajar untuk membuat keputusan sendiri di dalam kumpulan. Selain daripada itu, hasil dari kajian ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai teknik mengajar dan murid mempunyai pilihan untuk memilih mana yang terbaik. Dengan kaedah ini juga, dapat meningkatkan interpersonal dan interaksi yang baik diantara ahli kumpulan.

Rumusan
Daripada hasil kajian ini, didapati para pelajar sukakan kelainan didalam subjek yang diajar disekolah. Guru boleh menggunakan pendekatan yang terbaik untuk menarik perhatian pelajar untuk menyukai subjek mereka. Disamping itu, melalui kaedah pembahagian kumpulan, boleh mengeratkan hubungan mereka dan boleh mengeluarkan pelbagai idea berbanding kerja secara individu. Bekerja secara kumpulan juga, dapat membaiki hubungan intreraksi sesama ahli kumpulan.

::Tugasan 2:Ulasan Jurnal 2::

::Action Research: A Tool for Improving Teacher Quality and Classroom Practice::
Oleh: (Katherina A’Connor, H. Carol Greene & Patricia J. Anderson)

Pengenalan
Kajian tindakan ialah alat atau bahan untuk menolong guru atau tenaga pengajar untuk mendapat strategi pengajaran yang bersesuaian ketika mengajar (Sagor, 2004). Melalui kajian tindakan, terdapat perubahan yang positif seperti peningkatan cara pengajaran guru, refleksi kendiri dan meningkatkan keseluruhan pengajaran didalam kelas(Ferrance, 2000,Johnson & Button at el). Kajian ini lebih bermakna kepada guru kerana guru itu sendiri yang membuat kajian terhadap kelas mereka sendiri.

Terdapat 2 pernyataan masalah yang cuba dikemukan:
a) Untuk mengenalpasti adakah strategi yang digunakan bersesuaian didalam kelas
b)Untuk mengenalpasti bahan bantu didalam kelas dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran

Set Kajian
Dilakukan oleh 51 orang pelajar separuh dan sepenuh masa di Universiti Southeaster U.S didalam Sarjana Pendidikan

Setting
Didalam bilik kuliah dan makmal komputer

Prosedur dan Pengumpulan Data
Kajian ini dijalankan dimana kaji selidik dilakukan dengan menggalakkan pelajar menggunakan kotak digital, dimana penghantaran melalui elektronik dibawah sistem universiti, dan ia menggunakan sof copy berbanding kaedah pertama menggunakan hard copy. Kajian ini mengikut beberapa langkah-langkah:
1) Pengkaji mengenalpasti soalan yang hendak ditanya
2) Pengkaji menentukan prosedur dan pengumpulan data
3) Pengkaji melakukan kandungan analisis
4) Pengkaji mentafsir keputusan

Hasil Dapatan
Hasil dapatan diperolehi dari melakukan kaji selidik melalui hard copy (kertas kaji selidik) dan softcopy( melalui sistem universiti)

Rumusan
Kajian tindakan ini memberi kesan kepada kehidupan guru seharian dan dimasa akan datang. Merujuk kepada Parsons dan Brown (2002), keuntungan ketika melakukan kajian tindakan ini dapat memberitahu kita tentang perlunya ada peningkatan didalam pengajaran kita. Merujuk kepada Ferrance (2000) dan Sax dan Fisher (2001), menemui keputusan yang sama, dimana kajian tindakan ini memberi keyakinan diri ketika mengajar. Ini kerana guru telah mengetahui cara yang berkesan untuk meningkatkan mutu pengajaran mereka seharian. Kesimpulannya, kajian tindakan ini sangat baik untuk guru memperbaiki pengajaran mereka dan sekaligus menerapkan budaya kreatif berfikir dalam pengajaran

::Tugasan 2: Ulasan Jurnal 1::

::Engaging Children with Useful Words:Vocabulary Instruction in a Third Grade Classroom::

Oleh:(Lynn CohenLong Island University, C.W. Post and Katherine ByrnesGreat Neck Public Schools)

Pengenalan
Kajian ini dilakukan untuk melihat penggunaan perbendaharaan kata dalam lisan, komunikasi dan bertulis semasa menyediakan penulisan dalam seharian kanak-kanak di sekolah. Kajian ini juga melihat cara yang paling bagus perlu digunakan untuk meningkatkan mutu penggunan perbendaharaan kata di sekolah .

Sample
Sixteen third grade students

Setting
Bilik darjah

Prosedur
Kajian ini dilakukan secara kolaboratif antara guru kelas dan profesor universiti.Ia bertujuan untuk melihat kesan penggunaan pebendaharaan kata apabila pelajar menghafal atau mencari beberapa patah perkataan semasa membaca. Dalam tempoh 10 minggu, pelajar dipecahkan kepada dua kumpulan yang berlaianan. Guru kelas memberikan arahan tentang tugasan yang perlu dilakukan. Kedua-dua kumpulan menerima arahan yang berlainan diantara satu sama lain. Ini adalah untuk mengesan tahap penguasaan perbendaharaan mereka samada baik atau lemah.


1.Kumpulan Penceritaan dengan arahan
hari pertama: Kenalkan dan bincang di dalam kumpulan , tuliskan maksud dan bercakap dengan kuat
hari kedua: ulang semula perkataan yang disebut oleh murid, membacakan semula cerita, Web words
hari ketiga: membacakan cerita semula, Vocabulary four-square
hari keempat: membacakan cerita and pilih sinonim yang betul

2. Kumpulan Traditional
hari pertama: tulis perkataan dan cari maknanya
hari kedua: tulis perkataan dan maknanya diatas indeks kad
hari ketiga:tulis perkataan dalam bentuk ayat
hari keempat: melakukan tugasan dengan lembaran yang bersesuaian
Kedua-dua kumpulan diberikan buku mengikut minggu. Setiap minggu setiap pelajar diberikan buku yang berlainan.

Daripada buku-buku yang dibaca, mereka perlu menumpukan kepada 6 perkataan dan pada hari yang terakhir dalam setiap kesemua pelajar daripada kedua-dua kumpulan perlu menggunakan perkataan yang telah diberikan untuk membentuk ayat di dalam bentuk karangan.

Pengumpulan data dan penganalisisan data
Data daripada jurnal ini dikumpulkan berdasarkan lembaran kerja penulisan karangan yang di lakukan oleh pelajar yang terlibat di dalam ujian.
Analisis diskriptif di lakukan berdasarkan kepada komunikasi antara pelajar.

Dapatan Kajian
Melalui pemerhatian yang dipantau oleh guru ketika kelas itu sedang berlangsung. Ini adalah untuk mengenalpasti pelajar yang lemah dan baik didalam perbendaharaan kata mereka.

Rumusan
Berdasarkan kajian ini, apa yang dapat dirumuskan ialah kajian ini memang baik kerana ianya memberi faedah kepada guru akan lebih bersifat kreatif ketika membuat Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah. Teknik secara Story with Instruction lebih berkesan daripada Teknik Traditional. Kumpulan Story with Instruction berlaku peningkatan terhadap kualiti penulisan dengan menggunakan perkataan yang telah diberikan. Ini kerana, kumpulan ini menggunakan teknik membaca yang lebih baik dan terancang berbanding dengan kumpulan Traditional. Dengan adanya kajian ini perubahan yang dilakukan oleh guru dalm proses pengajaran sekaligus dapat meingkatkan perbendaharaan kata pelajar. Pada pendapat saya, kaedah ini perlu dipraktikkan disekolah untuk memperbaiki dan sekaligus untuk meningkatkan prestasi pelajar didalam perbendaharaan mereka untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Friday, November 6, 2009

::Tugasan Kelas: Nota: Rekabentuk Kajian Tindakan::

Model: McKernan 1996






Model: Kemmis & McTaggart 1988






Model: Elliot 1991







Model:Ebbutt 1985





Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan..(Hanipah Hussin : 2001)

Dalam perkataan mudah, kajian tindakan ialah satu penyelidikan yang dilakukan oleh seorang guru terhadap amalan kerjanya di bilik darjah atau di sekolah untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan keberkesanan kerja yang dilakukannya agar dapat melahirkan para pelajar yang cemerlang dari setiap aspek.

Lain-lain definisi bagi kajian tindakan...
Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif (McNiff :1988)

Latarbelakang kajian tindakan..Konsep kajian tindakan ini sebenarnya berasal daripada seorang ahli psikologi sosial iatu Kurt Lewin bermula pada tahun 1946. Pendekatan kajian tindakan ini telah digunakan oleh beliau selepas Perang Dunia Kedua dala usahanya untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang wujud dalam komuniti pada masa itu dan beliau telah mengutamakan dua idea utama berkenaan Kajian Tindakan iaitu:-

Keputusan kumpulan
Komitmen kepada komitmen kerja

Dimana kedua-dua idea ini adalah merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolobortif atau usahasama dalam kumpulan bagi menigkatkan mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart, 1998)

Perbandingan antara kajian tindakan dengan kajian yang berbentuk formal

Jenis-jenis kajian tindakan
Kolaboratif
Individu
Sekolah
Masyarakat


1)Model Kemmis & Mc Taggart

Model Kemmis & McTaggart ini dikatakan terlalu ringkas dan boleh menimbulkan tanggapan tanggapan bahan proses kajian tindakan adalah mudah dan jelas



2)Model Elliott
Model Elliott untuk kajian tindakan ialah idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadike atas sesuatu masalah, dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adlah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.


3)Model Ebbutt
David Ebbutt, seorang rakan sekerja John Elliott, telah mendakwa (Ebbutt, 1983a) bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan. Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut, dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt adalah sama untuk dengan model yang dikemukakan oleh penulis masa kini.

4)Model Mc Kernan
Memperkenalkan model proses masa yang menyarankan agar masalah kajian tindakan ini tidak menjadi terlalu terikat dengan masa

Thursday, October 29, 2009

::Tugasan 1:Ulasan Buku::

Friday, October 23, 2009

::Tugasan Kelas:Kepentingan Kajian Tindakan di Kalangan Pendidik::

1)untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar
2)mencari kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik kepada para pelajar
3)meningkatkan mutu pendidikan seiring dengan Falsafah Pendidikan iaitu mengutamakan keimbangan dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek.
4)meningkatkan modal insan untuk melahirkan guru yang kreatif dan inovatif
5)boleh menjadi rujukan kepada guru-guru lain di masa-masa akan datang
6)untuk mengkaji dan menganalisis sikap dan tingkahlaku pelajar disekolah
7)untuk mengenalpasti masalah, punca dan cara penyelesaiannya
8)untuk menjadikan kerjaya guru ini akan lebih menarik dimana tidak tertumpu sahaja kepada seisi pembelajaran dan pengajaran didalam kelas
9)untuk menambahkan pengetahuan kepada guru, dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada pada mereka.
10)penambahbaikan dalam penyelesaian sesuatu masalah di sekolah dengan mengemukakan pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah